Saturday, March 31, 2012

Muhasaah Diri......

Malulah wahai da'i,

kata mata sering membaca quran,

tapi mengapa masih mata kau gunakan,

melihat wayang yang merosakkan,

membaca komik yang melalaikan?



Malulah wahai da'i,

kata telinga sering mendengar peringatan,

tapi mengapa masih telinga kau gunakan,

mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,

mendengar bersama fitnah dan umpatan?



Malulah wahai da'i,

kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,

tapi mengapa masih kaki kau gunakan,

menuju tempat yang jelas melalaikan,

bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?



Malulah wahai da'i,

kata tangan sering menulis kebaikan,

tapi mengapa masih tangan kau gunakan,

menekan capaian (link) yang merosakkan,

menaip di ruang sembang tiada batasan?



Malulah wahai da'i

kata hati ingin kau bersihkan,

tapi mengapa masih hati kau gunakan,

mengiyakan segala dosa kemaksiatan,

menyokong hasutan nafsu dan syaitan?



Sedarlah wahai da'i,

cukuplah pengkhianatan kita lakukan,

cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,

walau ku tahu da'i bersifat kemanusiaan,

terkadang sering melakukan kesilapan,

tapi jangan jadikan itu alasan,

untuk berterusan mengulangi kesalahan,

namun jadikannya satu sumber kekuatan,

menanam azam untuk mengambil pengajaran,

ayuh da'i sejati perlu kita buktikan!

wasiat Imam Syafie

Hak Kepada Diri
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak Kepada Malaikat Maut
Mengqada' kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah
3. Hak Kepada Kubur
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan sembahyang Tahajut, dan membantu orang yang dizalimi
4. Hak Kepada Munkar Dan Nankir
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati
5. Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan
6. Hak Kepada Sirat (Titian yang merentangi Neraka Pada Hari Akhirat)
Membuag tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah
7. Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak
8. Hak Kepada Ridhwan (Penjaga Syurga)
Merasa redha dengan qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur di atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat
9. Hak Kepada Nabi Muhammad S.A.W
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada As-sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah
10. Hak Kepada Allah S.W.T
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Monday, December 19, 2011

Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).”
(Fudhail bin ‘Iyadh)


Ada dua perkara yang jika Anda Amalkan, Anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat: Menerima sesuatu yang tidak Anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah. Dan membenci sesuatu yang Anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah.”
(Abu Hazim)

Insaflah wahai wanita akhir zaman!!!

Fitnah dan rosaknya zaman kini lebih diakibatkan oleh bermaharajalelanya wanita yang mendedahkan aurat. Dengan itu fitnah mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan manusia, yang dapat menimbulkan bencana dan memporak-perandakan kerukunan dan ketenteraman. Begitu buruknya fitnah itu sehingga pada saat Rasulullah SAW mengetahui bahawa Fadl Ibnu Abbas menoleh kepada seorang perempuan Khath’am yang terlarang untuk dilihat, segera baginda memalingkan wajah Fadl. Tidaklah hal tersebut dilakukan oleh Rasulullah melainkan kerana baginda tidak dapat menjamin tiadanya fitnah yang bakal terjadi di antara Fadl dan perempuan Khat’am tersebut.

Oleh sebab itu siapa pun yang mengetahui keadaan masyarakat moden dan keadaan di dalamnya yang penuh dengan kerosakan, pastilah menyedari bahawa mendedahkan aurat merupakan jalan yang dapat membawa manusia kepada hal-hal yang terlarang dan dapat membawa kepada kebinasaan. Sebeb wanita yang mendedahkan auratnya tidak akan bebas dari bahaya fitnah. Fitnah wanita yang mendedahkan aurat merupakan fitnah yang lebih berbahaya daripada fitnah yang lainnya.

Dari Usmah Ibnu Zaid r.a dari Nabi SAW yang bersabda:

“Tidaklah kutinggalkan nanti sesudahku fitnah yang lebihberbahaya bagi lelaki selain fitnah dari perempuan.”Demikianlah peringatan Nabi SAW kepada manusia agar mereka tidak terjatuh ke dalam jeratan wanita, tipu daya mereka tau pun tergelincir kerana mereka.

BERPAKAIAN TETAPI TERLANJANG

Tudung yang dikenakan perempuan saat keluar rumah disyaratkan haruslah tebal, tidak nipis pada bahagian bawahnya dan bukan tudung yang bercorak perhiasan sebagaimana trend yang dilakukan wanita di zaman ini. Memakai pakaian yang nipis tidaklah berbeza dengan berdandan dan memakai perhiasan. Lebih daripada itu berpakaian seperti itu bererti memancing timbulnya fitnah yang sememangnya harus dihindari.

1. Memakai Pakaian Nipis

Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan larangan tersebut:

1. Dari Abu Hurairah r.a yang berkata:

“Rasulullah SAW bersabda: “Dua golongan dari ahli neraka yangtidak mahu saya lihat:”

Suatu kaum yang memegang cambuk/cemeti yang bagaikan ekor-ekor lembu. Kemudian dengan itu mereka cambukkan manusia.

Perempuan-perempuan yang berpakaian namun terlanjang. Berlenggang-lenggok ketika berjalan. Kepala-kepala mereka bagaikanpunuk-punuk unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak pula mendapatkan harumnya (syurga). Sesungguhnya harumsyurga itu terdapat pada perjalanan begini dan begini.” Al Hafidh Ibnu Abd. al Birri berkata: “Maksud dari sabda Rasulullah SAW “Berpakaian tetapi terlanjang” adalah gambaran tentang perempuan yang berpakaian dari kain yang nipis yang dapat memberikan gambaran bentuk tubuh dan bukan bersifat menutupi tubuh. Kaum perempuan seperti ini secara zahir dan secara sebutannya sahaja berpakaian, namun pada hakikatnya mereka berterlanjang.

2. Memakai Pakaian Ketat & Sempit

Di antara syarat-syarat menutup aurat seorang wanita muslimah adalah agar pakaian yang dipakai tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit. Dengan demikian bentuk tubuhnya tidak dapat digambarkan. Pakaian yang sempit dapat menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, dan bila keadaannya seperti itu, maka pakaian tersebut dapat menjadi bahagian dari perkara yang dapat menyesatkan. Dapat juga menjadi salah satu sebab bagi timbulnya kejahatan dan menjadi salah satu sebab menimbulkan fitnah. Maka untuk melindungi perempuan dan untuk memelihara masyarakat, Islam mengharamkan ‘tabarruj’ (berhias) sekaligus memerintahkan perempuan agar berpakaian hijab dengan memakai pakaian yang longgar, tebal, dan tidak tergambar bentuk tubuhnya.

Sebagaimana wanita dilarang berpakaian ketat yang dapat menggambarkan bentuk tubuhnya, demikian jugalah dilarang bagi para muhrim untuk melihat yang tergambar dari auratnya. Sedangkan kepada lelaki asing dilarang untuk melihat yang tergambar dari seluruh bentuk tubuh wanita. Walau pun pakaian yang dikenakan itu tebal serta tidak nipis.

Saturday, November 12, 2011

Cabang Islam

Islam adalah suatu agama yg syumul...Islam termasuk dalam semua aspek dr segi ekonominya,poliknya,sosialnya,pendidikannya..tp perlukah kita sempitkan Islam dalam aspek ibadah shj .."Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu,... selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. ".surah Al-baqarah ayt 85...ayat ini Allah Taala tujukan kpd Bani Israil...Harap kita boleh ambil iktibar dr ayat ni dan menjadi manusia yg mensyukuri nikmatNya...Allahu Rbbuna wa wanahnu abduhu..

Wednesday, June 1, 2011

Kiamat Hampir Tiba

Assalamualaikum & ahlan wasahlan kepada semua umat akhir zaman .Kalu dilihat,dunia zaman sekarng semakin banyak berlaku bencana alam seperti tsunami di jepun & kejadian tanah runtuh di Selangor.Namun umat Islam zaman kini wat dek jer,macam kita nak hidup kat dunia ni forever....memang benar la kalau kita lihat sabda nabi,pada akhir zaman nanti islam tu hanya tinggal sekadar nama ja.Allah kan hilangkan ilmu pada manusia melalui kematian ulama .Antara tanda kiamat yang nabi Muhammad S.a.w pernah bersabda kepada para sahabat yang sedang membincangkan tentang hari kiamat ialah:- 1)Asap
2)dajjal
3)bintang melata di bumi
4)TERBITNYA MATAHARI SEBELAH BARAT
5)Turunnya Nabi Isa A.S
6)keluar yakjuj & makjuj
7)gerhana di timur
8)gerhana di barat
9)gerhana di jazirah arab
10)keluarnya api dari kota yaman

Wahai umat akhir zaman!!!
insaflah kita semua daripada terus melakukan dosa dan maksia.jagalah aurat,dirikanlah solat,jagalah hubungan dengan Allah ,dan banyakkanlah berqiamullail.

WASSALAM.......

software for you

AL-QURAN


Al-Quran Pencetus Manusia Berfikiran Kritiswww.iluvislam.comKiriman: permata emasEditor:b_b
Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. Hal terbaik yang dapat diminta daripada kitab suci ini ialah dorongannya kepada manusia supaya berfikir. Di dalam al-Quran tidak terdapat suatu hukum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. Maksudnya, al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan ‘buat apa sahaja selagi benar’, bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan. Ia menjamin cara berfikir yang sihat dan pandangan yang benar terhadap tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang diciptakanNya sebagai saranan kepada manusia agar beriman kepadaNya. Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46) Apabila kita memerhatikan al-Quran dengan tinjauan untuk menyelidik, kita akan dapati bahawa sesungguhnya ia mengarahkan akal manusia untuk mempergunakan kaedah yang lengkap dalam mencari hakikat. Antara ayat-ayat al-Quran yang berkisar tentang pemikiran kritis adalah: 1)
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah al-Ghasiyah: 17) Kata soal ‘kaifa’ (bagaimana) itu menghendaki sebuah kajian dan cara untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara. Allah SWT tidak memberi jawapan secara terang-terangan agar manusia itu bukan sekadar mengetahui sesuatu bahkan juga mengetahui bagaimana sesuatu perkara itu terjadi supaya manusia benar-benar mengenali dan meyakini sesuatu hal berlandaskan ilmu pengetahuan tentang apa yang telah diketahuinya. Dalam ayat di atas, al-Quran telah memusatkan perhatian kita sebentar tentang kejadian unta yang merupakan haiwan terdapat khususnya di negara-negara Arab sehingga pengkajiannya tidak memerlukan sesuatu objek yang sukar untuk dicari. Kita pasti akan berfikir dan mengkaji bagaimana unta dicipta berdasarkan firman Allah SWT tersebut. Hasilnya kita akan dapati bahawa istimewanya unta adalah mampu hidup selama beberapa hari tanpa air dan masih aktif di bawah terik mentari. Bonggol unta yang merupakan gumpalan lemak berfugsi menyediakan nutrient berkhasiat secara berkala semasa musim kekurangan dan kebuluran. Melalui sistem ini, ia mampu hidup selama tiga minggu tanpa setitis air ketika mengalami penyusutan 33% berat badan. Lantas, orang yang mahu berfikir akan memikirkan lagi siapakah pencipta unta yang mempunyai ciri sehebat begitu. Manusia sama sekali tidak pernah menjadikannya dan tentu sekali ia tidak terjadi dengan sendirinya. Maka, sudah pastilah pembuatnya tidak lain dan tidak bukan ialah Allah SWT Yang Maha Berkuasa. 

ramadhan

ramadhan
daftar sekarang !!!

khursus bahasa arab

http://www.belajarbahasaarab.com/KelasBahasaArabPercuma.pdf

nak jadi rakan affiliates

bines punye

quran